Wednesday, 29 May 2013

Lawatan Pejabat Daerah & Tanah Timur Laut dan Pejabat Daerah & Tanah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang

 
Pejabat Tanah Kulim telah menerima kunjungan pegawai dan kakitangan dari Pejabat Daerah & Tanah Timur Laut dan Pejabat Daerah & Tanah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang pada 28/05/2013. Seramai 45 orang pelawat telah hadir dan disambut oleh semua warga kerja Pejabat Tanah Kulim.
 
Taklimat ringkas telah disampaikan oleh Tuan Pentadbir Tanah Kulim, Tuan Haji Md Shuhaime Bin Abd Rahman, AMK., BCK., ASK. Tujuan lawatan adalah bagi mempelajari dan memahami kriteria-kriteria yang diperlukan dalam dokumentasi untuk persediaan Sistem Star Rating 2013 dan pelaksanaan Amalan 5S di jabatan.

No comments:

Post a Comment