Wednesday 24 April 2013

KEDAH UMUM 5 MEI CUTI SEMPENA PRU13

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah hari ini mengumumkan cuti umum pada 5 Mei ini sempena pilihan raya umum ke-13. 

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata pengumuman ini dibuat bagi memudahkan penjawat awam, pekerja swasta dan rakyat Kedah keluar mengundi pada hari tersebut. 
Katanya, perkara itu diputuskan pada mesyuarat Exco hari ini yang diadakan khusus untuk membincangkan perkara itu dan cuti umum itu adalah berdasarkan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan 1951. 

"Orang ramai boleh keluar mengundi. Tak ada masalah lagi nak keluar mengundi atau tidak," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darul Aman di sini. 

Ahad adalah hari bekerja di Kedah. - BERNAMA

Wednesday 17 April 2013

Tuesday 16 April 2013

AUDIT AMALAN 5S OLEH MPC


Audit Amalan 5S oleh MPC bermula pada jam 9.00pagi.. Harap semua kakitangan telah bersedia..Semoga berjaya!

AUDIT AMALAN 5S OLEH MPC

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) akan mengadakan Audit Amalan 5S pada 17/04/2013 bermula pada jam 9.00pagi di Pejabat Tanah Kulim. Pejabat Tanah Kulim merupakan pejabat tanah yang pertama di Kedah ke arah pensijilan Amalan 5S. Semoga berjaya!

Sunday 14 April 2013

HARI BERTEMU PELANGGAN PADA 11/04/2013


Pejabat Tanah Kulim telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan pada 11/04/2013 bermula dari 8.30pagi~12.30tengahari bertempat di ruang legar Bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Kulim. Antara yang terlibat dalam program tersebut adalah unit-unit di Pejabat Tanah Kulim dan juga Pejabat Kesihatan Daerah Kulim. Pejabat Kesihatan Daerah Kulim telah menyediakan pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan gula dan khidmat nasihat perubatan pada hari tersebut.

Tuesday 9 April 2013

PRA-AUDIT 5S OLEH MPC


Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah mengadakan pra-audit 5S pada 08/04/2013 bermula pada jam 9.00pagi di Pejabat Tanah Kulim. Audit tersebut dilakukan oleh Puan Adlina Snawi iaitu wakil dari MPC.

Sunday 7 April 2013

LELONGAN AWAM PADA 04/04/2013


Pejabat Tanah Kulim telah mengadakan Lelongan Awam pada 04/04/2013 pada jam 10 pagi bertempat di  Perkarangan Zon C, Pejabat Tanah Kulim. Sebanyak 10 kes yang telah dilelong dan hanya 2 kes sahaja telah berjaya dijual. Lelongan pada kali ini melibatkan 7 orang jurulelong.

Friday 5 April 2013

MESYUARAT J/K KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN (JKKP) PADA 03/04/2013


Pejabat Tanah Kulim telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Bil. 1/2013 pada 03/04/2013 jam 9.00pagi bertempat Bilik Mesyuarat Anggerik. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Tuan Jusrianuar b Jamaruddin, Penolong Pentadbir Tanah I. Antara agenda mesyuarat tersebut adalah penerangan tentang Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan penerangan tentang audit JKKP.

Monday 1 April 2013

AUDIT DALAMAN 5S PADA 31/03/2013


Pejabat Tanah Kulim telah mengadakan audit dalaman 5S pada 31/03/2013 bermula jam 10.00pagi. Audit tersebut telah dilakukan oleh jawatankuasa audit PTK yang diketuai oleh En Mohd Nasrun bin Md Suid, Penolong Pentadbir Tanah II. Semua zon telah menunjukkan prestasi yang baik pada audit kali ini.