Sunday 13 March 2011

Lawatan Panel Penilaian Akhir Anugerah Inovasi Pentadbiran Daerah Dan Tanah 2010

Lawatan Panel-panel audit ICU, JPM Penilaian Akhir Anugerah Inovasi Pentadbiran Daerah Dan Tanah 2010 telah diadakan pada 24/02/2011 di Pejabat Tanah Kulim. Penilaian ini adalah bagi meneliti fail-fail serta rekod yang telah dikemaskini. Pemantauan telah dilakukan dengan terperinci serta maklumbalas positif telah diberikan kepada jabatan. Satu senarai laporan maklumbalas telah dikemukakan kepada panel penilai selepas lawatan berkenaan dijalankan.

Lawatan Panel Pra-Penilaian Anugerah Inovasi Pentadbiran Daerah Dan Tanah 2010

Lawatan Panel-panel Audit ICU, JPM untuk Pra-Penilaian Anugerah Inovasi Pentadbiran Daerah Dan Tanah 2010 telah diadakan pada 14/02/2011 di Pejabat Tanah Kulim. Penilaian ini adalah bagi proses pemilihan jabatan-jabatan yang layak ke peringkat akhir Anugerah tersebut.

Bayaran Cukai Tanah Online

Mulai November 2008, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah telah memperkenalkan satu lagi kemudahan kaedah Semakan Cukai Tanah dan Bayaran Cukai Tanah melalui perkhidmatan Bayaran Secara Internet (Online Payment) dengan menggunakan kad kredit atau secara FPX di Portal SUKHAT (Sistem Urusan Kutipan Hasil Tanah) PTG Kedah.

Sehubungan dengan itu pengguna yang mempunyai kemudahan Perbankan Internet daripada bank-bank seperti dinyatakan di bawah boleh menggunakan kemudahan pembayaran secara FPX. Bank-bank tersebut adalah:


1.Bank Islam Malaysia Bhd
2.CIMB Bank Bhd
3.Maybank Bhd
4.Public Bank Bhd
5.Hong Leong Bank Bhd

Monday 7 March 2011

Sejarah Kulim

Kulim adalah salah sebuah daripada 12 buah daerah di Negeri Kedah Darul Aman yang terletak di selatan negeri Kedah.
Kedudukannya di sebelah utara yang tertumpu dengan Sg. Muda menjadi sempadan daerah Kuala Muda dan di sebelah timur laut, tertumpu dengan Sg. Sedim yang menjadi sempadan dengan daerah Baling.
Manakala di sebelah tenggara yang tertumpu dengan Sg. Kerian adalah menjadi sempadan dengan Negeri Perak Darul Ridzuan, di selatannya bersempadan dengan daerah Bandar Baharu dan di sebelah baratnya pula bersempadan dengan negeri Pulau Pinang.
Daerah ini meliputi keluasan 298.86 batu persegi (191,270 ekar /77,437 hektar)
Terdapat 15 mukim di daerah Kulim iaitu Junjong, Naga Lilit, Sidam Kanan, Bagan Sena, Lunas, Karangan, Keladi, Kulim, Mahang, Padang China, Padang Meha, Sedim, Sungai Seluang, Sungai Ular, dan Terap. Penduduk di Kulim terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan terdapat juga kaum lain serta penduduk bukan warganegara. Pada tahun 2008 jumlah penduduk direkodkan berjumlah 248,613 orang.

Pejabat Tanah Kulim
09000, Kulim, Kedah
TEL: 04-4907309/4522| FAX: 04-4906227| Emel: ptk@kedah.gov.my