Tuesday 24 July 2012

Kaunter Bergerak Kutipan Cukai Tanah pada 22/07/2012


 Unit Hasil Pejabat Tanah Kulim telah membuka Kaunter Bergerak Kutipan Cukai Tanah pada 22/07/2012 jam 9.00pagi hingga 2.00petang di Dewan MCA Lunas, Kedah. Kutipan cukai tanah di sana pada hari tersebut telah mencecah RM 6,116.70.

Tuesday 19 June 2012

MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) BIL.2/2012



 Pejabat Tanah Kulim telah mengadakan mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bil.2/2012 pada 18/06/2012 jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Bunga Anggerik, Pejabat Tanah Kulim. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Penolong Pentadbir Tanah Kulim I, Encik Mohd Hamri Bin Abidin, BCK.

Antara perkara yang dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut adalah perkara yang dibangkitkan oleh kakitangan, perbincangan mengenai perjawatan, membincangkan aktiviti yang sedang berjalan dan masalah yang dihadapi oleh kakitangan.

Sunday 13 May 2012

KAUNTER BERGERAK KUTIPAN CUKAI TANAH 13/05/2012



Unit Hasil Pejabat Tanah Kulim telah membuka Kaunter Bergerak Kutipan Cukai Tanah pada 13/05/2012 jam 9.00pagi hingga 3.00petang di Dewan Serbaguna Taman Mahsuri, Padang Serai, Kedah. Kutipan cukai tanah di sana pada hari tersebut telah mencecah RM 18,067.80.

Wednesday 2 May 2012

Selamat Hari Wesak


Semua warga kerja Pejabat Tanah Kulim ingin mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut yang beragama Buddha.
Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut ugama Buddha kerana hari Wesak melambangkan kelahiran, kesedaran, dan kematian Gautama Buddha. Penganut Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts" sementara para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha "Sutras".
Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut ugama Budha di seluruh dunia.
Dikalangan penganut Buddha di Singapura dan Taiwan, terdapat amalan mencederakan diri ketika menyambut hari Wesak seperti berjalan di atas bara api sebagai menyambut hari kelahiran dewa Bao-sheng Da-di. 

Wednesday 25 April 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2012


Semua warga kerja Pejabat Tanah Kulim ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada semua!!!
"PEKERJA BERINOVATIF PENGGERAK TRANSFORMASI"

Saturday 21 April 2012

LAWATAN PEJABAT DAERAH & TANAH KINTA

Pejabat Daerah Dan Tanah Kinta, Perak  telah mengadakan lawatan ke Pejabat Tanah Kulim pada 18/04/2012 jam 11.00pagi. Seramai 46 orang kakitangan yang telah hadir. Turut hadir bersama ialah Pn Anne Keziah (KPPD Khidmat Pengurusan), Pn Fatimah Bt Zakaria (KPPD Pembangunan Fizikal), En. Ahmad Bashir Bin Abd Rahim (PPD Hasil) dan En. Amir Fadli Bin Mohamed Halmi (PPD Teknikal & Penguatkuasaan).  Tuan Pentadbir Tanah, Tuan Haji Md Shuhaime Bin Abd Rahman, AMK., BCK., ASK. telah berkongsi pengalaman Pejabat Tanah Kulim dalam pertandingan Anugerah Inovasi Pejabat Daerah & Tanah (AIPDT) 2010 bersama kakitangan pejabat tersebut.

Tuesday 17 April 2012

Lawatan YBhg Dato’ Aziz Bin Sheikh Fadzir, Penyelaras Parlimen Kulim/Bandar Baharu

Pada 15 April 2012 Pejabat Tanah Kulim telah dikunjungi oleh rombongan yang diketuai oleh Yang Berbahagia Dato’ Aziz bin Sheikh Fadzir, Penyelaras Parlimen Kulim/Bandar Baharu. Tujuan lawatan adalah mengadakan lawatan muhibbah bersama-sama warga kerja Pejabat Tanah Kulim . Beliau juga telah memberi sumbangan sebanyak RM10,000.00 kepada Kelab Kakitangan Pejabat Tanah Kulim.