Sunday 30 June 2013

BENGKEL PENGEMASKINIAN SISTEM PENARAFAN BINTANG (SSR) DAN LAPORAN KEMAJUAN TAHUNAN UNIT-UNIT BAGI TAHUN 2012


Pejabat Tanah Kulim telah mengadakan Bengkel Pengemaskinian Sistem Penarafan Bintang (SSR) dan Laporan Kemajuan Tahunan Unit-unit bagi Tahun 2012 pada 27-29 Jun 2013 bertempat Sandy Beach Resort, Langkawi. Seramai 54 orang kakitangan yang menyertai bengkel tersebut.

Monday 17 June 2013

LAWATAN KERJA J/K INDUK PROGRAM PENARAFAN BINTANG (SSR) PENTADBIRAN TANAH NEGERI KEDAH


Jawatankuasa Induk Program Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah Negeri Kedah yang terdiri daripada Pegawai-pegawai Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman seramai 17 orang telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Tanah Kulim pada 17/06/2013 jam 10pagi. Lawatan tersebut diketuai oleh Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pendaftaran & Hasil) iaitu Tuan Haji Mohd Shahadan Bin Abdullah, AMK., BCK. 
Antara tujuan lawatan tersebut adalah untuk memantau persediaan Pejabat Tanah Kulim untuk menghadapi Audit SSR yang akan diadakan tidak lama lagi.

Monday 10 June 2013

MESYUARAT PEMANTAUAN STAR RATING PADA 10/06/2013


Pejabat Tanah Kulim telah mengadakan mesyuarat pemantauan star rating pada 10/06/2013 jam 9.00pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Anggerik. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh En Md Nasrun Bin Md Suid iaitu Penolong Pentadbir Tanah II. Tujuan mesyuarat tersebut adalah untuk memantau persediaan kakitangan bagi audit star rating (SSR) nanti.