Wednesday 28 March 2012

Lawatan Pejabat Daerah & Tanah Raub pada 27/03/2012


Pejabat Daerah Dan Tanah Raub, Pahang  telah mengadakan lawatan ke Pejabat Tanah Kulim pada 27/03/2012 jam 10.00pagi. Seramai 31 orang kakitangan yang telah hadir. Turut hadir bersama ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah (KPPD Tanah) iaitu Tuan Haji Zainal Bin Abidin.  Tuan Pentadbir Tanah, Tuan Haji Md Shuhaime Bin Abd Rahman, AMK., BCK., ASK. telah berkongsi pengalaman Pejabat Tanah Kulim dalam pertandingan Anugerah Inovasi Pejabat Daerah & Tanah (AIPDT) 2010 bersama kakitangan pejabat tersebut.