Tuesday 14 June 2011

Mesyuarat Tuan PTD Bersama Ketua-ketua Unit

Pejabat Tanah Kulim telah mengadakan  mesyuarat Ketua-ketua Unit pada 14/06/2011 jam 8.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Bunga Anggerik, Pejabat Tanah Kulim. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pentadbir Tanah Kulim, Tuan Haji Shuhaime Bin Abd. Rahman, AMK., BCK., ASK.
Antara perkara yang dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut adalah pencapaian prestasi setiap unit.

Mesyuarat Bersama Jurulelong Berlesen

Pejabat Tanah Kulim telah mengadakan  mesyuarat bersama jurulelong berlesen pada 13/06/2011 jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Pejabat Tanah Kulim. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pentadbir Tanah Kulim, Tuan Haji Shuhaime Bin Abd. Rahman, AMK., BCK., ASK.
Antara perkara yang dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut adalah post-mortem Karnival Lelongan Awam Hartanah Kulim (KLAHK) 2011 yang telah diadakan pada 26/05/2011 yang lepas. Mesyuarat telah mencadangkan 08/12/2011 untuk mengadakan Karnival Lelongan Awam Hartanah Kulim (KLAHK) pada kali ke-3.

Hari Bertemu Pelanggan 31/05/2011

Pejabat Tanah Kulim telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan pada 31/05/2011 dari jam 8.30 pagi sehingga jam 12.30 tengahhari bertempat di perkarangan Kompleks Pentadbiran Pejabat Tanah Kulim. Pelbagai pertanyaan dan kemusykilan yang telah dikemukan oleh pelanggan berkaitan pentadbiran tanah kepada pegawai dan kakitangan yang berkenaan.

Karnival Lelongan Awam Hartanah Kulim (KLAHK) 2011

Pejabat Tanah Kulim telah menganjurkan Karnival Lelongan Awam Hartanah Kulim (KLAHK) 2011 pada 26/05/2011 dari jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang bertempat di Dewan Putra, Kulim. Karnival tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan (JKPTG) iaitu Tuan Haji Mustafa Kamal Bin Ajib.

Ringkasan bilangan kes lelong pada hari karnival 2011:

208 Kes - notis lelongan dikeluarkan. Bernilai 26.14 juta
Kategori Hartanah yang dilelong:
BIL.
SYARAT TANAH

BILANGAN KES

BANGUNAN

1
KEDIAMAN:
Rumah Teres
Rumah Berkembar
Rumah Sesebuah


144
  44
    7
2
KEDAI:


Rumah Kedai
    5
3
Industri
    5
4
PERTANIAN:


Kebun Getah
    3
JUMLAH KES / AMAUN
208

-         Kes-kes lelongan karnival merupakan sebahagian besar dari 774 kes yang dikeluarkan perintah jual/notis lelongan bagi tahun 2010, berbanding dengan tahun 2009 iaitu sebanyak 280 kes sahaja, begitu juga bagi tahun-tahun yang sebelumnya.

Tahun 2010-kes lelongan dijalankan : 774
Tahun 2009-kes lelongan dijalankan : 280
Perbezaan kes yang dapat dilaksanakan lelongan adalah :      494 kes ( 63.82% )
-         Ini merupakan satu tindakan kearah kebaikan dari segi mengurangkan tunggakan kes-kes/fail-fail yang menunggu giliran untuk dilelong. Kes-kes/fail-fail ini akan dilelong berulangkali sekiranya tiada pembida/pembeli. Iaitu lelongan pertama, kedua dan ketiga,. Adakalanya sehingga lelongan yang keempat dan kelima. Ini adalah kerana atas permintaan pemegang gadaian dan budi bicara Pentadbir Tanah.
-         Jadual menunjukan berbezaan peratusan kes yang selesai(tutup fail), mengikut bilangan permohonan lelongan dari tahun 2003 sehingga tahun 2009 dan tahun 2010:-

Tahun
Bilangan kes
Kes yang
selesai
Baki kes
Peratusan kes selesai
2009
1630
1010
620
61.96
2010
1774
1348
426
75.99
 

Tuesday 24 May 2011

Mesyuarat kakitangan Pejabat Tanah Kulim bersama Tuan PTD Kulim

Satu Mesyuarat kakitangan Pejabat Tanah Kulim bersama Tuan PTD Kulim telah diadakan pada 22/05/2011 jam 3.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Pejabat Tanah Kulim. Antara perkara yang dibincangkan adalah seperti berikut:
1. Persiapan Karnival Lelongan Awam Hartanah Kulim (KLAHK) 2011 yang akan diadakan pada 26/05/2011
2. Hari Keluarga Pejabat Tanah Kulim
3. Jamuan Berbuka Puasa
4. Kakitangan sementara akan ditemuduga untuk ke jawatan tetap dll.

Tuesday 3 May 2011

Kursus Dalaman Pejabat Tanah Kulim

Pejabat Tanah Kulim telah menganjurkan Kursus Dalaman "Team Building Dan Pemantapan Intergriti" dari 28/04/2011 sehingga 01/05/2011 di Hotel Heritage, Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur. Seramai 66 orang pegawai serta kakitangan telah menyertai kursus tersebut. Penceramah jemputan terdiri daripada En. Mohd Fauzi Bin Mustafa, AMK. BCK. (Ketua Unit Audit Dalam Pejabat SUK), Tuan Haji Muhamad Arof Bin Darus, AMK., BCK. (Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Kewangan) Pejabat SUK), En. Badrul Hisham Bin Haji Sulaiman, BCK. (Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulim) dan Tuan Haji Zulkifli Bin Abdullah (Penolong Setiausaha Kerajaan Pengurusan Bangunan, Aset Dan Pembangunan Sosial).

Selamat Menyambut Hari Pekerja

Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. "SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA"

Tuesday 19 April 2011

Perlawanan Persahabatan Futsal Dan Bola Jaring

Perlawanan Persahabatan Futsal dan Bola Jaring Pejabat Tanah Kulim vs Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah diadakan pada 07/04/2011 jam 8.30 malam bertempat di Gelanggang Futsal A' One, Kelang Lama, Kulim, Kedah.

Monday 4 April 2011

Lelongan Awam pada 31/03/2011

Lelongan Awam telah berlangsung pada 31/03/2011 dari jam 10 pagi sehingga 10.40 pagi bertempat di Zon C (Cempaka), Pejabat Tanah Kulim. Terdapat 11 kes yang dilelong pada hari tersebut. Yang berjaya dilelong adalah sebanyak 5 kes yang berjumlah RM 568, 697.25. Lelongan pada kali ini melibatkan 7 orang juru lelong.

Sunday 13 March 2011

Lawatan Panel Penilaian Akhir Anugerah Inovasi Pentadbiran Daerah Dan Tanah 2010

Lawatan Panel-panel audit ICU, JPM Penilaian Akhir Anugerah Inovasi Pentadbiran Daerah Dan Tanah 2010 telah diadakan pada 24/02/2011 di Pejabat Tanah Kulim. Penilaian ini adalah bagi meneliti fail-fail serta rekod yang telah dikemaskini. Pemantauan telah dilakukan dengan terperinci serta maklumbalas positif telah diberikan kepada jabatan. Satu senarai laporan maklumbalas telah dikemukakan kepada panel penilai selepas lawatan berkenaan dijalankan.

Lawatan Panel Pra-Penilaian Anugerah Inovasi Pentadbiran Daerah Dan Tanah 2010

Lawatan Panel-panel Audit ICU, JPM untuk Pra-Penilaian Anugerah Inovasi Pentadbiran Daerah Dan Tanah 2010 telah diadakan pada 14/02/2011 di Pejabat Tanah Kulim. Penilaian ini adalah bagi proses pemilihan jabatan-jabatan yang layak ke peringkat akhir Anugerah tersebut.

Bayaran Cukai Tanah Online

Mulai November 2008, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah telah memperkenalkan satu lagi kemudahan kaedah Semakan Cukai Tanah dan Bayaran Cukai Tanah melalui perkhidmatan Bayaran Secara Internet (Online Payment) dengan menggunakan kad kredit atau secara FPX di Portal SUKHAT (Sistem Urusan Kutipan Hasil Tanah) PTG Kedah.

Sehubungan dengan itu pengguna yang mempunyai kemudahan Perbankan Internet daripada bank-bank seperti dinyatakan di bawah boleh menggunakan kemudahan pembayaran secara FPX. Bank-bank tersebut adalah:


1.Bank Islam Malaysia Bhd
2.CIMB Bank Bhd
3.Maybank Bhd
4.Public Bank Bhd
5.Hong Leong Bank Bhd

Monday 7 March 2011

Sejarah Kulim

Kulim adalah salah sebuah daripada 12 buah daerah di Negeri Kedah Darul Aman yang terletak di selatan negeri Kedah.
Kedudukannya di sebelah utara yang tertumpu dengan Sg. Muda menjadi sempadan daerah Kuala Muda dan di sebelah timur laut, tertumpu dengan Sg. Sedim yang menjadi sempadan dengan daerah Baling.
Manakala di sebelah tenggara yang tertumpu dengan Sg. Kerian adalah menjadi sempadan dengan Negeri Perak Darul Ridzuan, di selatannya bersempadan dengan daerah Bandar Baharu dan di sebelah baratnya pula bersempadan dengan negeri Pulau Pinang.
Daerah ini meliputi keluasan 298.86 batu persegi (191,270 ekar /77,437 hektar)
Terdapat 15 mukim di daerah Kulim iaitu Junjong, Naga Lilit, Sidam Kanan, Bagan Sena, Lunas, Karangan, Keladi, Kulim, Mahang, Padang China, Padang Meha, Sedim, Sungai Seluang, Sungai Ular, dan Terap. Penduduk di Kulim terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan terdapat juga kaum lain serta penduduk bukan warganegara. Pada tahun 2008 jumlah penduduk direkodkan berjumlah 248,613 orang.

Pejabat Tanah Kulim
09000, Kulim, Kedah
TEL: 04-4907309/4522| FAX: 04-4906227| Emel: ptk@kedah.gov.my