Wednesday 25 April 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2012


Semua warga kerja Pejabat Tanah Kulim ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada semua!!!
"PEKERJA BERINOVATIF PENGGERAK TRANSFORMASI"

Saturday 21 April 2012

LAWATAN PEJABAT DAERAH & TANAH KINTA

Pejabat Daerah Dan Tanah Kinta, Perak  telah mengadakan lawatan ke Pejabat Tanah Kulim pada 18/04/2012 jam 11.00pagi. Seramai 46 orang kakitangan yang telah hadir. Turut hadir bersama ialah Pn Anne Keziah (KPPD Khidmat Pengurusan), Pn Fatimah Bt Zakaria (KPPD Pembangunan Fizikal), En. Ahmad Bashir Bin Abd Rahim (PPD Hasil) dan En. Amir Fadli Bin Mohamed Halmi (PPD Teknikal & Penguatkuasaan).  Tuan Pentadbir Tanah, Tuan Haji Md Shuhaime Bin Abd Rahman, AMK., BCK., ASK. telah berkongsi pengalaman Pejabat Tanah Kulim dalam pertandingan Anugerah Inovasi Pejabat Daerah & Tanah (AIPDT) 2010 bersama kakitangan pejabat tersebut.

Tuesday 17 April 2012

Lawatan YBhg Dato’ Aziz Bin Sheikh Fadzir, Penyelaras Parlimen Kulim/Bandar Baharu

Pada 15 April 2012 Pejabat Tanah Kulim telah dikunjungi oleh rombongan yang diketuai oleh Yang Berbahagia Dato’ Aziz bin Sheikh Fadzir, Penyelaras Parlimen Kulim/Bandar Baharu. Tujuan lawatan adalah mengadakan lawatan muhibbah bersama-sama warga kerja Pejabat Tanah Kulim . Beliau juga telah memberi sumbangan sebanyak RM10,000.00 kepada Kelab Kakitangan Pejabat Tanah Kulim.

Monday 9 April 2012

Kaunter Bergerak Kutipan Cukai Tanah 08/04/2012


Unit Hasil Pejabat Tanah Kulim telah mengadakan Kaunter Bergerak Kutipan Cukai Tanah pada 08/04/2012 jam 10.00pagi hingga 3.00petang di TESCO Kulim, Kedah. Kutipan cukai tanah di  TESCO pada hari tersebut telah mencecah RM 6,721.10.

Lelongan Mega Pejabat Tanah Kulim 2012


Pejabat Tanah Kulim telah mengadakan Lelongan Mega Pejabat Tanah Kulim 2012 pada 05/04/2012 pada jam 10 pagi bertempat di  Perkarangan Zon C, Pejabat Tanah Kulim. Lelongan Mega ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Md Shuhaime Bin Abd Rahman, AMK., BCK., ASK., Pentadbir Tanah Kulim. Sebanyak 30 fail yang bernilai RM 2.4 juta sepatutnya dilelong dalam Lelongan Mega kali ini. Tetapi 12 fail telah tertangguh/batal. Dalam 18 fail yang dilelongkan hanya 7 kes sahaja bernilai RM476,700 telah berjaya dijual. Lelongan pada kali ini melibatkan 9 orang jurulelong.

Monday 2 April 2012

Lelongan MEGA 2012 Pejabat Tanah Kulim (LM2012PTK)

Lelongan MEGA 2012 Pejabat Tanah Kulim (LM2012PTK) akan diadakan pada  05 AprilL 2012 bersamaan hari Khamis serta masanya pada jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang. Di Perkarangan Zon C, PEJABAT TANAH KULIM KEDAH DARUL AMAN.

Pejabat Tanah Kulim sentiasa mencetuskan idea-idea baru dalam pentadbiran dan perkhidmatan. Setelah berjaya mengadakan Karnival Lelongan Awam Hartanah Kulim sebanyak 3 kali, jumlah kes tertangguh berkaitan lelongan telah berjaya dikurangkan dengan banyaknya. Kali ini Tuan Pentadbir Tanah, Tuan Hj. Md Shuhaime Bin Abd Rahman sekali lagi mencetuskan idea unik yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana Pejabat Tanah yang lain di Negeri Kedah Darul Aman. Tuan Pentadbir Tanah dengan dibantu oleh Tuan Nasrun dan Tuan Jusrianuar  iaitu Penolong Pentadbir Tanah Daerah (PPTD) telah merancang mengadakan Lelongan Awam bersaiz sederhana disebabkan bilangan kes yang agak berkurangan dan menjayakannya.

Pejabat Tanah Daerah Kulim merupakan perintis karnival lelong hartanah Kulim. Di mana merintis jalan menyokong industri hartanah dengan menjadi Pejabat Tanah pertama yang menganjurkan karnival lelongan hartanah secara besar-besaran di negara ini dan cetusan idea-idea baru iaitu Lelongan MEGA 2012 Pejabat Tanah Kulim (LM2012PTK).

Pentadbir Tanah Daerah Kulim, Tuan Hj. Md Shuhaime B. Abd. Rahman memberitahu Lelongan MEGA 2012 Pejabat Tanah Kulim (LM2012PTK) diadakan itu telah mendapat sambutan yang sungguh memberangsangkan dari bakal-bakal pembeli yang mengambil bahagian dalam proses bidaan.
"Lelongan Mega” ini mendapat sambutan ramai pembeli kerana ia menjadi pusat sehenti kepada mereka, selain terdapat banyak pilihan hartanah, pembeli juga dapat terus berurusan dengan pihak bank, pejabat peguam, pejabat pos dan insuran,'' katanya.
Menurut beliau, dengan adanya program lelongan seperti itu, dapat membantu mengurangkan tunggakan hutang tidak berbayar kepada pihak bank dan bebanan hutang yang semakin bertimbun kepada penggadai.
"Sudah tentu ia juga dapat mengurangkan kes-kes tertunggak yang menunggu giliran untuk dilelong di pejabat tanah sendiri,'' katanya.

"Program MEGA” seumpama ini belum pernah diadakan oleh pejabat tanah lain di Malaysia dan ia menjadi contoh yang baik untuk dilaksanakan di daerah seluruh negara. Pejabat Tanah Kuala Muda dan Pejabat Tanah Kota Setar telah mengikut jejak mengadakan Karnival Lelong seperti Pejabat Tanah Kulim,'' katanya.  

Lelongan MEGA 2012 tersebut dianjurkan dengan kerjasama berdasarkan kepada penglibatan aktif para pelelong berkenaan dalam beberapa siri Karnival Lelongan Awam yang telah diadakan di Kulim dan terdapat empat kategori utama bagi hartanah yang dilelong pada majlis berkenaan iaitu bangunan kediaman (rumah teres, berkembar dan sesebuah), bangunan rumah kedai, bangunan industri dan tanah pertanian.

Lelongan MEGA 2012 Pejabat Tanah Kulim (LM2012PTK) akan dirasmikan oleh Tuan Hj. Md Shuhaime Bin Abd Rahman.

Lelongan MEGA 2012 ini juga merupakan salah satu usaha Pejabat Tanah Daerah Kulim untuk meningkatkan prestasi dan pencapaiannya dalam sektor awam selain Perkhidmatan Pandu Bayar , Daftar Satu Hari dan Perkhidmatan Home-To-Home.