Thursday 5 September 2013

MAJLIS JAMUAN RAYA 1434H

Majlis Jamuan Raya akan diadakan pada 06/09/2013 jam 8.00malam bertempat di Dataran Raudhah, Majlis Perbandaran Kulim, Kedah.


Wednesday 28 August 2013

Wednesday 10 July 2013

SUMBANGAN AWAL RAMADHAN OLEH KKPTK


Kelab Kakitangan Pejabat Tanah Kulim (KKPTK) telah menyumbangkan 2 kotak buah kurma dan sekotak telur masin kepada semua kakitangan PTK sempena Awal Ramadhan pada 09/07/2013. 

Sunday 30 June 2013

BENGKEL PENGEMASKINIAN SISTEM PENARAFAN BINTANG (SSR) DAN LAPORAN KEMAJUAN TAHUNAN UNIT-UNIT BAGI TAHUN 2012


Pejabat Tanah Kulim telah mengadakan Bengkel Pengemaskinian Sistem Penarafan Bintang (SSR) dan Laporan Kemajuan Tahunan Unit-unit bagi Tahun 2012 pada 27-29 Jun 2013 bertempat Sandy Beach Resort, Langkawi. Seramai 54 orang kakitangan yang menyertai bengkel tersebut.

Monday 17 June 2013

LAWATAN KERJA J/K INDUK PROGRAM PENARAFAN BINTANG (SSR) PENTADBIRAN TANAH NEGERI KEDAH


Jawatankuasa Induk Program Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah Negeri Kedah yang terdiri daripada Pegawai-pegawai Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman seramai 17 orang telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Tanah Kulim pada 17/06/2013 jam 10pagi. Lawatan tersebut diketuai oleh Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pendaftaran & Hasil) iaitu Tuan Haji Mohd Shahadan Bin Abdullah, AMK., BCK. 
Antara tujuan lawatan tersebut adalah untuk memantau persediaan Pejabat Tanah Kulim untuk menghadapi Audit SSR yang akan diadakan tidak lama lagi.

Monday 10 June 2013

MESYUARAT PEMANTAUAN STAR RATING PADA 10/06/2013


Pejabat Tanah Kulim telah mengadakan mesyuarat pemantauan star rating pada 10/06/2013 jam 9.00pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Anggerik. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh En Md Nasrun Bin Md Suid iaitu Penolong Pentadbir Tanah II. Tujuan mesyuarat tersebut adalah untuk memantau persediaan kakitangan bagi audit star rating (SSR) nanti.

Wednesday 29 May 2013

Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong


Lawatan Pejabat Daerah & Tanah Timur Laut dan Pejabat Daerah & Tanah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang

 
Pejabat Tanah Kulim telah menerima kunjungan pegawai dan kakitangan dari Pejabat Daerah & Tanah Timur Laut dan Pejabat Daerah & Tanah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang pada 28/05/2013. Seramai 45 orang pelawat telah hadir dan disambut oleh semua warga kerja Pejabat Tanah Kulim.
 
Taklimat ringkas telah disampaikan oleh Tuan Pentadbir Tanah Kulim, Tuan Haji Md Shuhaime Bin Abd Rahman, AMK., BCK., ASK. Tujuan lawatan adalah bagi mempelajari dan memahami kriteria-kriteria yang diperlukan dalam dokumentasi untuk persediaan Sistem Star Rating 2013 dan pelaksanaan Amalan 5S di jabatan.

Tuesday 14 May 2013

LAWATAN 5S OLEH MPKK


Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah mengadakan lawatan ke Pejabat Tanah Kulim pada 13/05/2013 jam 9.00pagi. Tujuan lawatan tersebut adalah melihat implementasi amalan 5S di Pejabat Tanah Kulim. Seramai 15 orang kakitangan MPKK yang hadir.

MINI KARNIVAL LELONG HARTANAH KULIM (MKHK) 2013


Pejabat Tanah Kulim telah mengadakan Mini Karnival Lelong Hartanah Kulim (MKHK) 2013 pada 09/05/2013 jam 9.00pagi ~ 3.00petang bertempat di Perkarangan Pejabat Daerah Dan Tanah Kulim, Kulim, Kedah. Karnival tersebut telah dirasmikan oleh Tuan DZohir Bin Md. Zain, SDK., AMK., BCK., Pegawai Daerah Kulim. Sebanyak 28 kes yang telah dilelong dan 14 kes telah berjaya dijual. Lelongan pada kali ini melibatkan 17 orang jurulelong.

Wednesday 8 May 2013

Mini Karnival Lelong Hartanah Kulim (MKHK) 2013


Pejabat Tanah Kulim akan mengadakan Mini Karnival Lelong Hartanah Kulim (MKHK) 2013 pada 09/05/2013 jam 9.00pagi ~ 3.00petang bertempat di Perkarangan Pejabat Daerah Dan Tanah Kulim, Kulim, Kedah.

Tuesday 7 May 2013

MINI KARNIVAL LELONG HARTANAH KULIM (MKLHK) 2013


Pejabat Tanah Kulim akan mengadakan Mini Karnival Lelong Hartanah Kulim (MKLHK) 2013 pada 09/05/2013 jam 9.00pagi ~ 5.00petang bertempat di Perkarangan Pejabat Daerah Dan Tanah Kulim, Kulim, Kedah.

Wednesday 24 April 2013

KEDAH UMUM 5 MEI CUTI SEMPENA PRU13

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah hari ini mengumumkan cuti umum pada 5 Mei ini sempena pilihan raya umum ke-13. 

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata pengumuman ini dibuat bagi memudahkan penjawat awam, pekerja swasta dan rakyat Kedah keluar mengundi pada hari tersebut. 
Katanya, perkara itu diputuskan pada mesyuarat Exco hari ini yang diadakan khusus untuk membincangkan perkara itu dan cuti umum itu adalah berdasarkan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan 1951. 

"Orang ramai boleh keluar mengundi. Tak ada masalah lagi nak keluar mengundi atau tidak," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darul Aman di sini. 

Ahad adalah hari bekerja di Kedah. - BERNAMA

Wednesday 17 April 2013

Tuesday 16 April 2013

AUDIT AMALAN 5S OLEH MPC


Audit Amalan 5S oleh MPC bermula pada jam 9.00pagi.. Harap semua kakitangan telah bersedia..Semoga berjaya!

AUDIT AMALAN 5S OLEH MPC

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) akan mengadakan Audit Amalan 5S pada 17/04/2013 bermula pada jam 9.00pagi di Pejabat Tanah Kulim. Pejabat Tanah Kulim merupakan pejabat tanah yang pertama di Kedah ke arah pensijilan Amalan 5S. Semoga berjaya!

Sunday 14 April 2013

HARI BERTEMU PELANGGAN PADA 11/04/2013


Pejabat Tanah Kulim telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan pada 11/04/2013 bermula dari 8.30pagi~12.30tengahari bertempat di ruang legar Bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Kulim. Antara yang terlibat dalam program tersebut adalah unit-unit di Pejabat Tanah Kulim dan juga Pejabat Kesihatan Daerah Kulim. Pejabat Kesihatan Daerah Kulim telah menyediakan pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan gula dan khidmat nasihat perubatan pada hari tersebut.

Tuesday 9 April 2013

PRA-AUDIT 5S OLEH MPC


Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah mengadakan pra-audit 5S pada 08/04/2013 bermula pada jam 9.00pagi di Pejabat Tanah Kulim. Audit tersebut dilakukan oleh Puan Adlina Snawi iaitu wakil dari MPC.

Sunday 7 April 2013

LELONGAN AWAM PADA 04/04/2013


Pejabat Tanah Kulim telah mengadakan Lelongan Awam pada 04/04/2013 pada jam 10 pagi bertempat di  Perkarangan Zon C, Pejabat Tanah Kulim. Sebanyak 10 kes yang telah dilelong dan hanya 2 kes sahaja telah berjaya dijual. Lelongan pada kali ini melibatkan 7 orang jurulelong.

Friday 5 April 2013

MESYUARAT J/K KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN (JKKP) PADA 03/04/2013


Pejabat Tanah Kulim telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Bil. 1/2013 pada 03/04/2013 jam 9.00pagi bertempat Bilik Mesyuarat Anggerik. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Tuan Jusrianuar b Jamaruddin, Penolong Pentadbir Tanah I. Antara agenda mesyuarat tersebut adalah penerangan tentang Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan penerangan tentang audit JKKP.

Monday 1 April 2013

AUDIT DALAMAN 5S PADA 31/03/2013


Pejabat Tanah Kulim telah mengadakan audit dalaman 5S pada 31/03/2013 bermula jam 10.00pagi. Audit tersebut telah dilakukan oleh jawatankuasa audit PTK yang diketuai oleh En Mohd Nasrun bin Md Suid, Penolong Pentadbir Tanah II. Semua zon telah menunjukkan prestasi yang baik pada audit kali ini.