Monday 2 April 2012

Lelongan MEGA 2012 Pejabat Tanah Kulim (LM2012PTK)

Lelongan MEGA 2012 Pejabat Tanah Kulim (LM2012PTK) akan diadakan pada  05 AprilL 2012 bersamaan hari Khamis serta masanya pada jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang. Di Perkarangan Zon C, PEJABAT TANAH KULIM KEDAH DARUL AMAN.

Pejabat Tanah Kulim sentiasa mencetuskan idea-idea baru dalam pentadbiran dan perkhidmatan. Setelah berjaya mengadakan Karnival Lelongan Awam Hartanah Kulim sebanyak 3 kali, jumlah kes tertangguh berkaitan lelongan telah berjaya dikurangkan dengan banyaknya. Kali ini Tuan Pentadbir Tanah, Tuan Hj. Md Shuhaime Bin Abd Rahman sekali lagi mencetuskan idea unik yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana Pejabat Tanah yang lain di Negeri Kedah Darul Aman. Tuan Pentadbir Tanah dengan dibantu oleh Tuan Nasrun dan Tuan Jusrianuar  iaitu Penolong Pentadbir Tanah Daerah (PPTD) telah merancang mengadakan Lelongan Awam bersaiz sederhana disebabkan bilangan kes yang agak berkurangan dan menjayakannya.

Pejabat Tanah Daerah Kulim merupakan perintis karnival lelong hartanah Kulim. Di mana merintis jalan menyokong industri hartanah dengan menjadi Pejabat Tanah pertama yang menganjurkan karnival lelongan hartanah secara besar-besaran di negara ini dan cetusan idea-idea baru iaitu Lelongan MEGA 2012 Pejabat Tanah Kulim (LM2012PTK).

Pentadbir Tanah Daerah Kulim, Tuan Hj. Md Shuhaime B. Abd. Rahman memberitahu Lelongan MEGA 2012 Pejabat Tanah Kulim (LM2012PTK) diadakan itu telah mendapat sambutan yang sungguh memberangsangkan dari bakal-bakal pembeli yang mengambil bahagian dalam proses bidaan.
"Lelongan Mega” ini mendapat sambutan ramai pembeli kerana ia menjadi pusat sehenti kepada mereka, selain terdapat banyak pilihan hartanah, pembeli juga dapat terus berurusan dengan pihak bank, pejabat peguam, pejabat pos dan insuran,'' katanya.
Menurut beliau, dengan adanya program lelongan seperti itu, dapat membantu mengurangkan tunggakan hutang tidak berbayar kepada pihak bank dan bebanan hutang yang semakin bertimbun kepada penggadai.
"Sudah tentu ia juga dapat mengurangkan kes-kes tertunggak yang menunggu giliran untuk dilelong di pejabat tanah sendiri,'' katanya.

"Program MEGA” seumpama ini belum pernah diadakan oleh pejabat tanah lain di Malaysia dan ia menjadi contoh yang baik untuk dilaksanakan di daerah seluruh negara. Pejabat Tanah Kuala Muda dan Pejabat Tanah Kota Setar telah mengikut jejak mengadakan Karnival Lelong seperti Pejabat Tanah Kulim,'' katanya.  

Lelongan MEGA 2012 tersebut dianjurkan dengan kerjasama berdasarkan kepada penglibatan aktif para pelelong berkenaan dalam beberapa siri Karnival Lelongan Awam yang telah diadakan di Kulim dan terdapat empat kategori utama bagi hartanah yang dilelong pada majlis berkenaan iaitu bangunan kediaman (rumah teres, berkembar dan sesebuah), bangunan rumah kedai, bangunan industri dan tanah pertanian.

Lelongan MEGA 2012 Pejabat Tanah Kulim (LM2012PTK) akan dirasmikan oleh Tuan Hj. Md Shuhaime Bin Abd Rahman.

Lelongan MEGA 2012 ini juga merupakan salah satu usaha Pejabat Tanah Daerah Kulim untuk meningkatkan prestasi dan pencapaiannya dalam sektor awam selain Perkhidmatan Pandu Bayar , Daftar Satu Hari dan Perkhidmatan Home-To-Home.

No comments:

Post a Comment