Pejabat Daerah Dan Tanah Raub, Pahang telah mengadakan lawatan ke Pejabat Tanah Kulim pada 27/03/2012 jam 10.00pagi. Seramai 31 orang kakitangan yang telah hadir. Turut hadir bersama ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah (KPPD Tanah) iaitu Tuan Haji Zainal Bin Abidin. Tuan Pentadbir Tanah, Tuan Haji Md Shuhaime Bin Abd Rahman, AMK., BCK., ASK. telah berkongsi pengalaman Pejabat Tanah Kulim dalam pertandingan Anugerah Inovasi Pejabat Daerah & Tanah (AIPDT) 2010 bersama kakitangan pejabat tersebut.
Wednesday, 28 March 2012
Wednesday, 15 February 2012
Kaunter Bergerak Kutipan Cukai Tanah 12/02/2012
Wednesday, 18 January 2012
SELAMAT TAHUN BARU CINA 2012
Semua warga kerja Pejabat Tanah Kulim ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua penganut yang beragama Buddha. GONG XI FA CAI!!!
Tuesday, 14 June 2011
Mesyuarat Tuan PTD Bersama Ketua-ketua Unit
Pejabat Tanah Kulim telah mengadakan mesyuarat Ketua-ketua Unit pada 14/06/2011 jam 8.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Bunga Anggerik, Pejabat Tanah Kulim. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pentadbir Tanah Kulim, Tuan Haji Shuhaime Bin Abd. Rahman, AMK., BCK., ASK.
Antara perkara yang dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut adalah pencapaian prestasi setiap unit.
Mesyuarat Bersama Jurulelong Berlesen
Pejabat Tanah Kulim telah mengadakan mesyuarat bersama jurulelong berlesen pada 13/06/2011 jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Pejabat Tanah Kulim. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pentadbir Tanah Kulim, Tuan Haji Shuhaime Bin Abd. Rahman, AMK., BCK., ASK.
Antara perkara yang dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut adalah post-mortem Karnival Lelongan Awam Hartanah Kulim (KLAHK) 2011 yang telah diadakan pada 26/05/2011 yang lepas. Mesyuarat telah mencadangkan 08/12/2011 untuk mengadakan Karnival Lelongan Awam Hartanah Kulim (KLAHK) pada kali ke-3.
Hari Bertemu Pelanggan 31/05/2011
Pejabat Tanah Kulim telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan pada 31/05/2011 dari jam 8.30 pagi sehingga jam 12.30 tengahhari bertempat di perkarangan Kompleks Pentadbiran Pejabat Tanah Kulim. Pelbagai pertanyaan dan kemusykilan yang telah dikemukan oleh pelanggan berkaitan pentadbiran tanah kepada pegawai dan kakitangan yang berkenaan.
Karnival Lelongan Awam Hartanah Kulim (KLAHK) 2011
Pejabat Tanah Kulim telah menganjurkan Karnival Lelongan Awam Hartanah Kulim (KLAHK) 2011 pada 26/05/2011 dari jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang bertempat di Dewan Putra, Kulim. Karnival tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan (JKPTG) iaitu Tuan Haji Mustafa Kamal Bin Ajib.
Ringkasan bilangan kes lelong pada hari karnival 2011:
208 Kes - notis lelongan dikeluarkan. Bernilai 26.14 juta
Kategori Hartanah yang dilelong:
BIL. | SYARAT TANAH | BILANGAN KES |
BANGUNAN | ||
1 | KEDIAMAN: Rumah Teres Rumah Berkembar Rumah Sesebuah | 144 44 7 |
2 | KEDAI: | |
Rumah Kedai | 5 | |
3 | Industri | 5 |
4 | PERTANIAN: | |
Kebun Getah | 3 | |
JUMLAH KES / AMAUN | 208 | |
- Kes-kes lelongan karnival merupakan sebahagian besar dari 774 kes yang dikeluarkan perintah jual/notis lelongan bagi tahun 2010, berbanding dengan tahun 2009 iaitu sebanyak 280 kes sahaja, begitu juga bagi tahun-tahun yang sebelumnya.
Tahun 2010-kes lelongan dijalankan : 774
Tahun 2009-kes lelongan dijalankan : 280
Perbezaan kes yang dapat dilaksanakan lelongan adalah : 494 kes ( 63.82% )
- Ini merupakan satu tindakan kearah kebaikan dari segi mengurangkan tunggakan kes-kes/fail-fail yang menunggu giliran untuk dilelong. Kes-kes/fail-fail ini akan dilelong berulangkali sekiranya tiada pembida/pembeli. Iaitu lelongan pertama, kedua dan ketiga,. Adakalanya sehingga lelongan yang keempat dan kelima. Ini adalah kerana atas permintaan pemegang gadaian dan budi bicara Pentadbir Tanah.
- Jadual menunjukan berbezaan peratusan kes yang selesai(tutup fail), mengikut bilangan permohonan lelongan dari tahun 2003 sehingga tahun 2009 dan tahun 2010:-
Tahun | Bilangan kes | Kes yang selesai | Baki kes | Peratusan kes selesai |
2009 | 1630 | 1010 | 620 | 61.96 |
2010 | 1774 | 1348 | 426 | 75.99 |
Subscribe to:
Posts (Atom)




