Tuesday, 24 May 2011

Mesyuarat kakitangan Pejabat Tanah Kulim bersama Tuan PTD Kulim

Satu Mesyuarat kakitangan Pejabat Tanah Kulim bersama Tuan PTD Kulim telah diadakan pada 22/05/2011 jam 3.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Pejabat Tanah Kulim. Antara perkara yang dibincangkan adalah seperti berikut:
1. Persiapan Karnival Lelongan Awam Hartanah Kulim (KLAHK) 2011 yang akan diadakan pada 26/05/2011
2. Hari Keluarga Pejabat Tanah Kulim
3. Jamuan Berbuka Puasa
4. Kakitangan sementara akan ditemuduga untuk ke jawatan tetap dll.

Tuesday, 3 May 2011

Kursus Dalaman Pejabat Tanah Kulim

Pejabat Tanah Kulim telah menganjurkan Kursus Dalaman "Team Building Dan Pemantapan Intergriti" dari 28/04/2011 sehingga 01/05/2011 di Hotel Heritage, Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur. Seramai 66 orang pegawai serta kakitangan telah menyertai kursus tersebut. Penceramah jemputan terdiri daripada En. Mohd Fauzi Bin Mustafa, AMK. BCK. (Ketua Unit Audit Dalam Pejabat SUK), Tuan Haji Muhamad Arof Bin Darus, AMK., BCK. (Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Kewangan) Pejabat SUK), En. Badrul Hisham Bin Haji Sulaiman, BCK. (Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulim) dan Tuan Haji Zulkifli Bin Abdullah (Penolong Setiausaha Kerajaan Pengurusan Bangunan, Aset Dan Pembangunan Sosial).

Selamat Menyambut Hari Pekerja

Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. "SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA"

Tuesday, 19 April 2011

Perlawanan Persahabatan Futsal Dan Bola Jaring

Perlawanan Persahabatan Futsal dan Bola Jaring Pejabat Tanah Kulim vs Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah diadakan pada 07/04/2011 jam 8.30 malam bertempat di Gelanggang Futsal A' One, Kelang Lama, Kulim, Kedah.

Monday, 4 April 2011

Lelongan Awam pada 31/03/2011

Lelongan Awam telah berlangsung pada 31/03/2011 dari jam 10 pagi sehingga 10.40 pagi bertempat di Zon C (Cempaka), Pejabat Tanah Kulim. Terdapat 11 kes yang dilelong pada hari tersebut. Yang berjaya dilelong adalah sebanyak 5 kes yang berjumlah RM 568, 697.25. Lelongan pada kali ini melibatkan 7 orang juru lelong.

Sunday, 13 March 2011

Lawatan Panel Penilaian Akhir Anugerah Inovasi Pentadbiran Daerah Dan Tanah 2010

Lawatan Panel-panel audit ICU, JPM Penilaian Akhir Anugerah Inovasi Pentadbiran Daerah Dan Tanah 2010 telah diadakan pada 24/02/2011 di Pejabat Tanah Kulim. Penilaian ini adalah bagi meneliti fail-fail serta rekod yang telah dikemaskini. Pemantauan telah dilakukan dengan terperinci serta maklumbalas positif telah diberikan kepada jabatan. Satu senarai laporan maklumbalas telah dikemukakan kepada panel penilai selepas lawatan berkenaan dijalankan.

Lawatan Panel Pra-Penilaian Anugerah Inovasi Pentadbiran Daerah Dan Tanah 2010

Lawatan Panel-panel Audit ICU, JPM untuk Pra-Penilaian Anugerah Inovasi Pentadbiran Daerah Dan Tanah 2010 telah diadakan pada 14/02/2011 di Pejabat Tanah Kulim. Penilaian ini adalah bagi proses pemilihan jabatan-jabatan yang layak ke peringkat akhir Anugerah tersebut.