Pejabat Tanah Kulim
telah mengadakan Lelongan Awam pada 04/04/2013 pada jam 10 pagi
bertempat di Perkarangan Zon C, Pejabat Tanah Kulim. Sebanyak 10 kes
yang telah dilelong dan hanya 2 kes sahaja telah berjaya dijual.
Lelongan pada kali ini melibatkan 7 orang jurulelong.
Sunday, 7 April 2013
Friday, 5 April 2013
MESYUARAT J/K KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN (JKKP) PADA 03/04/2013
Pejabat Tanah Kulim telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Bil. 1/2013 pada 03/04/2013 jam 9.00pagi
bertempat Bilik Mesyuarat Anggerik. Mesyuarat tersebut dipengerusikan
oleh Tuan Jusrianuar b Jamaruddin, Penolong Pentadbir Tanah I. Antara
agenda mesyuarat tersebut adalah penerangan tentang Jawatankuasa
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan penerangan tentang audit
JKKP.
Monday, 1 April 2013
AUDIT DALAMAN 5S PADA 31/03/2013
Pejabat Tanah Kulim telah mengadakan audit dalaman 5S pada 31/03/2013
bermula jam 10.00pagi. Audit tersebut telah dilakukan oleh jawatankuasa
audit PTK yang diketuai oleh En Mohd Nasrun bin Md Suid, Penolong
Pentadbir Tanah II. Semua zon telah menunjukkan prestasi yang baik pada
audit kali ini.
Tuesday, 24 July 2012
Kaunter Bergerak Kutipan Cukai Tanah pada 22/07/2012
Tuesday, 19 June 2012
MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) BIL.2/2012
Pejabat Tanah Kulim telah
mengadakan mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bil.2/2012 pada 18/06/2012
jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Bunga Anggerik, Pejabat Tanah Kulim.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Penolong Pentadbir Tanah Kulim I, Encik Mohd
Hamri Bin Abidin, BCK.
Antara perkara yang dibincangkan di
dalam mesyuarat tersebut adalah perkara yang dibangkitkan oleh kakitangan,
perbincangan mengenai perjawatan, membincangkan aktiviti yang sedang berjalan
dan masalah yang dihadapi oleh kakitangan.
Sunday, 13 May 2012
KAUNTER BERGERAK KUTIPAN CUKAI TANAH 13/05/2012
Unit Hasil Pejabat Tanah Kulim telah membuka Kaunter
Bergerak Kutipan Cukai Tanah pada 13/05/2012 jam 9.00pagi hingga 3.00petang di Dewan
Serbaguna Taman Mahsuri, Padang Serai, Kedah. Kutipan cukai tanah di sana pada
hari tersebut telah mencecah RM 18,067.80.
Wednesday, 2 May 2012
Selamat Hari Wesak
Semua warga kerja Pejabat Tanah Kulim ingin mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut yang beragama Buddha.
Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi
penganut ugama Buddha kerana hari Wesak melambangkan kelahiran, kesedaran, dan
kematian Gautama Buddha. Penganut Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada
waktu pagi untuk memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts"
sementara para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha
"Sutras".
Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang
dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan
kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh
semua penganut ugama Budha di seluruh dunia.
Dikalangan penganut Buddha di Singapura dan
Taiwan, terdapat amalan mencederakan diri ketika menyambut hari Wesak seperti
berjalan di atas bara api sebagai menyambut hari kelahiran dewa Bao-sheng
Da-di.
Subscribe to:
Posts (Atom)

