Monday, 29 April 2013
Wednesday, 24 April 2013
KEDAH UMUM 5 MEI CUTI SEMPENA PRU13
ALOR SETAR: Kerajaan Kedah hari ini mengumumkan cuti umum pada 5 Mei ini sempena pilihan raya umum ke-13.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata pengumuman ini dibuat bagi memudahkan penjawat awam, pekerja swasta dan rakyat Kedah keluar mengundi pada hari tersebut.
Katanya, perkara itu diputuskan pada mesyuarat Exco hari ini yang diadakan khusus untuk membincangkan perkara itu dan cuti umum itu adalah berdasarkan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan 1951.
"Orang ramai boleh keluar mengundi. Tak ada masalah lagi nak keluar mengundi atau tidak," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darul Aman di sini.
Ahad adalah hari bekerja di Kedah. - BERNAMA

Wednesday, 17 April 2013
TAHNIAH WARGA KERJA PTK!!!
Tahniah kepada semua warga kerja PTK kerana berjaya memperolehi Sijil 5S!
Tuesday, 16 April 2013
AUDIT AMALAN 5S OLEH MPC
Audit Amalan 5S oleh MPC bermula pada jam 9.00pagi.. Harap semua kakitangan telah bersedia..Semoga berjaya!
AUDIT AMALAN 5S OLEH MPC
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) akan mengadakan Audit Amalan 5S
pada 17/04/2013 bermula pada jam 9.00pagi di Pejabat Tanah Kulim.
Pejabat Tanah Kulim merupakan pejabat tanah yang pertama di Kedah ke
arah pensijilan Amalan 5S. Semoga berjaya!
Sunday, 14 April 2013
HARI BERTEMU PELANGGAN PADA 11/04/2013
Pejabat Tanah Kulim telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan pada
11/04/2013 bermula dari 8.30pagi~12.30tengahari bertempat di ruang legar
Bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Kulim. Antara yang terlibat dalam
program tersebut adalah unit-unit di Pejabat Tanah Kulim dan juga
Pejabat Kesihatan Daerah Kulim. Pejabat Kesihatan Daerah Kulim telah
menyediakan pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan gula dan khidmat
nasihat perubatan pada hari tersebut.
Tuesday, 9 April 2013
PRA-AUDIT 5S OLEH MPC
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah mengadakan pra-audit 5S
pada 08/04/2013 bermula pada jam 9.00pagi di Pejabat Tanah Kulim. Audit
tersebut dilakukan oleh Puan Adlina Snawi iaitu wakil dari MPC.
Sunday, 7 April 2013
LELONGAN AWAM PADA 04/04/2013
Pejabat Tanah Kulim
telah mengadakan Lelongan Awam pada 04/04/2013 pada jam 10 pagi
bertempat di Perkarangan Zon C, Pejabat Tanah Kulim. Sebanyak 10 kes
yang telah dilelong dan hanya 2 kes sahaja telah berjaya dijual.
Lelongan pada kali ini melibatkan 7 orang jurulelong.
Friday, 5 April 2013
MESYUARAT J/K KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN (JKKP) PADA 03/04/2013
Pejabat Tanah Kulim telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Bil. 1/2013 pada 03/04/2013 jam 9.00pagi
bertempat Bilik Mesyuarat Anggerik. Mesyuarat tersebut dipengerusikan
oleh Tuan Jusrianuar b Jamaruddin, Penolong Pentadbir Tanah I. Antara
agenda mesyuarat tersebut adalah penerangan tentang Jawatankuasa
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan penerangan tentang audit
JKKP.
Monday, 1 April 2013
AUDIT DALAMAN 5S PADA 31/03/2013
Pejabat Tanah Kulim telah mengadakan audit dalaman 5S pada 31/03/2013
bermula jam 10.00pagi. Audit tersebut telah dilakukan oleh jawatankuasa
audit PTK yang diketuai oleh En Mohd Nasrun bin Md Suid, Penolong
Pentadbir Tanah II. Semua zon telah menunjukkan prestasi yang baik pada
audit kali ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)