Wednesday, 30 October 2013
Tuesday, 29 October 2013
Sunday, 13 October 2013
Thursday, 5 September 2013
MAJLIS JAMUAN RAYA 1434H
Majlis Jamuan Raya akan diadakan pada 06/09/2013 jam 8.00malam bertempat di Dataran Raudhah, Majlis Perbandaran Kulim, Kedah.
Wednesday, 28 August 2013
Monday, 5 August 2013
Wednesday, 24 July 2013
Wednesday, 10 July 2013
SUMBANGAN AWAL RAMADHAN OLEH KKPTK
Kelab Kakitangan Pejabat Tanah Kulim (KKPTK) telah menyumbangkan 2 kotak
buah kurma dan sekotak telur masin kepada semua kakitangan PTK sempena
Awal Ramadhan pada 09/07/2013.
Monday, 8 July 2013
Sunday, 30 June 2013
BENGKEL PENGEMASKINIAN SISTEM PENARAFAN BINTANG (SSR) DAN LAPORAN KEMAJUAN TAHUNAN UNIT-UNIT BAGI TAHUN 2012
Monday, 17 June 2013
LAWATAN KERJA J/K INDUK PROGRAM PENARAFAN BINTANG (SSR) PENTADBIRAN TANAH NEGERI KEDAH
Jawatankuasa Induk Program Penarafan Bintang (SSR)
Pentadbiran Tanah Negeri Kedah yang terdiri daripada Pegawai-pegawai
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman seramai 17
orang telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Tanah Kulim pada
17/06/2013 jam 10pagi. Lawatan tersebut diketuai oleh Timbalan Pengarah
Tanah dan Galian (Pendaftaran & Hasil) iaitu Tuan Haji Mohd
Shahadan Bin Abdullah, AMK., BCK.
Antara
tujuan lawatan tersebut adalah untuk memantau persediaan Pejabat Tanah
Kulim untuk menghadapi Audit SSR yang akan diadakan tidak lama lagi.
Monday, 10 June 2013
MESYUARAT PEMANTAUAN STAR RATING PADA 10/06/2013
Pejabat Tanah Kulim telah mengadakan mesyuarat pemantauan star rating
pada 10/06/2013 jam 9.00pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Anggerik.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh En Md Nasrun Bin Md Suid iaitu
Penolong Pentadbir Tanah II. Tujuan mesyuarat tersebut adalah untuk
memantau persediaan kakitangan bagi audit star rating (SSR) nanti.
Wednesday, 29 May 2013
Lawatan Pejabat Daerah & Tanah Timur Laut dan Pejabat Daerah & Tanah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang
Pejabat Tanah Kulim telah menerima kunjungan
pegawai dan kakitangan dari Pejabat Daerah & Tanah Timur Laut dan
Pejabat Daerah & Tanah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang pada
28/05/2013. Seramai 45 orang pelawat telah hadir dan disambut oleh
semua warga kerja Pejabat Tanah Kulim.
Taklimat
ringkas telah disampaikan oleh Tuan Pentadbir Tanah Kulim, Tuan Haji Md
Shuhaime Bin Abd Rahman, AMK., BCK., ASK. Tujuan lawatan adalah bagi
mempelajari dan memahami kriteria-kriteria yang diperlukan dalam
dokumentasi untuk persediaan Sistem Star Rating 2013 dan pelaksanaan
Amalan 5S di jabatan.
Wednesday, 22 May 2013
Tuesday, 14 May 2013
LAWATAN 5S OLEH MPKK
Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah mengadakan lawatan ke Pejabat
Tanah Kulim pada 13/05/2013 jam 9.00pagi. Tujuan lawatan tersebut adalah
melihat implementasi amalan 5S di Pejabat Tanah Kulim. Seramai 15 orang
kakitangan MPKK yang hadir.
MINI KARNIVAL LELONG HARTANAH KULIM (MKHK) 2013
Pejabat Tanah Kulim telah mengadakan Mini Karnival Lelong Hartanah Kulim
(MKHK) 2013 pada 09/05/2013 jam 9.00pagi ~ 3.00petang bertempat di
Perkarangan Pejabat Daerah Dan Tanah Kulim, Kulim, Kedah. Karnival
tersebut telah dirasmikan oleh Tuan DZohir Bin Md. Zain, SDK., AMK.,
BCK., Pegawai Daerah Kulim. Sebanyak 28 kes yang telah dilelong dan 14
kes telah berjaya dijual. Lelongan pada kali ini melibatkan 17 orang
jurulelong.
Wednesday, 8 May 2013
Mini Karnival Lelong Hartanah Kulim (MKHK) 2013
Pejabat Tanah Kulim akan mengadakan Mini Karnival Lelong Hartanah Kulim
(MKHK) 2013 pada 09/05/2013 jam 9.00pagi ~ 3.00petang bertempat di
Perkarangan Pejabat Daerah Dan Tanah Kulim, Kulim, Kedah.
Tuesday, 7 May 2013
MINI KARNIVAL LELONG HARTANAH KULIM (MKLHK) 2013
Pejabat Tanah Kulim akan mengadakan Mini Karnival Lelong Hartanah Kulim
(MKLHK) 2013 pada 09/05/2013 jam 9.00pagi ~ 5.00petang bertempat di
Perkarangan Pejabat Daerah Dan Tanah Kulim, Kulim, Kedah.
Monday, 29 April 2013
Wednesday, 24 April 2013
KEDAH UMUM 5 MEI CUTI SEMPENA PRU13
ALOR SETAR: Kerajaan Kedah hari ini mengumumkan cuti umum pada 5 Mei ini sempena pilihan raya umum ke-13.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata pengumuman ini dibuat bagi memudahkan penjawat awam, pekerja swasta dan rakyat Kedah keluar mengundi pada hari tersebut.
Katanya, perkara itu diputuskan pada mesyuarat Exco hari ini yang diadakan khusus untuk membincangkan perkara itu dan cuti umum itu adalah berdasarkan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan 1951.
"Orang ramai boleh keluar mengundi. Tak ada masalah lagi nak keluar mengundi atau tidak," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darul Aman di sini.
Ahad adalah hari bekerja di Kedah. - BERNAMA
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata pengumuman ini dibuat bagi memudahkan penjawat awam, pekerja swasta dan rakyat Kedah keluar mengundi pada hari tersebut.
Katanya, perkara itu diputuskan pada mesyuarat Exco hari ini yang diadakan khusus untuk membincangkan perkara itu dan cuti umum itu adalah berdasarkan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan 1951.
"Orang ramai boleh keluar mengundi. Tak ada masalah lagi nak keluar mengundi atau tidak," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darul Aman di sini.
Ahad adalah hari bekerja di Kedah. - BERNAMA
Wednesday, 17 April 2013
TAHNIAH WARGA KERJA PTK!!!
Tahniah kepada semua warga kerja PTK kerana berjaya memperolehi Sijil 5S!
Tuesday, 16 April 2013
AUDIT AMALAN 5S OLEH MPC
Audit Amalan 5S oleh MPC bermula pada jam 9.00pagi.. Harap semua kakitangan telah bersedia..Semoga berjaya!
AUDIT AMALAN 5S OLEH MPC
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) akan mengadakan Audit Amalan 5S
pada 17/04/2013 bermula pada jam 9.00pagi di Pejabat Tanah Kulim.
Pejabat Tanah Kulim merupakan pejabat tanah yang pertama di Kedah ke
arah pensijilan Amalan 5S. Semoga berjaya!
Sunday, 14 April 2013
HARI BERTEMU PELANGGAN PADA 11/04/2013
Pejabat Tanah Kulim telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan pada
11/04/2013 bermula dari 8.30pagi~12.30tengahari bertempat di ruang legar
Bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Kulim. Antara yang terlibat dalam
program tersebut adalah unit-unit di Pejabat Tanah Kulim dan juga
Pejabat Kesihatan Daerah Kulim. Pejabat Kesihatan Daerah Kulim telah
menyediakan pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan gula dan khidmat
nasihat perubatan pada hari tersebut.
Tuesday, 9 April 2013
PRA-AUDIT 5S OLEH MPC
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah mengadakan pra-audit 5S
pada 08/04/2013 bermula pada jam 9.00pagi di Pejabat Tanah Kulim. Audit
tersebut dilakukan oleh Puan Adlina Snawi iaitu wakil dari MPC.
Sunday, 7 April 2013
LELONGAN AWAM PADA 04/04/2013
Pejabat Tanah Kulim
telah mengadakan Lelongan Awam pada 04/04/2013 pada jam 10 pagi
bertempat di Perkarangan Zon C, Pejabat Tanah Kulim. Sebanyak 10 kes
yang telah dilelong dan hanya 2 kes sahaja telah berjaya dijual.
Lelongan pada kali ini melibatkan 7 orang jurulelong.
Friday, 5 April 2013
MESYUARAT J/K KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN (JKKP) PADA 03/04/2013
Pejabat Tanah Kulim telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Bil. 1/2013 pada 03/04/2013 jam 9.00pagi
bertempat Bilik Mesyuarat Anggerik. Mesyuarat tersebut dipengerusikan
oleh Tuan Jusrianuar b Jamaruddin, Penolong Pentadbir Tanah I. Antara
agenda mesyuarat tersebut adalah penerangan tentang Jawatankuasa
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan penerangan tentang audit
JKKP.
Monday, 1 April 2013
AUDIT DALAMAN 5S PADA 31/03/2013
Pejabat Tanah Kulim telah mengadakan audit dalaman 5S pada 31/03/2013
bermula jam 10.00pagi. Audit tersebut telah dilakukan oleh jawatankuasa
audit PTK yang diketuai oleh En Mohd Nasrun bin Md Suid, Penolong
Pentadbir Tanah II. Semua zon telah menunjukkan prestasi yang baik pada
audit kali ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)