Unit Hasil Pejabat Tanah Kulim telah membuka Kaunter
Bergerak Kutipan Cukai Tanah pada 13/05/2012 jam 9.00pagi hingga 3.00petang di Dewan
Serbaguna Taman Mahsuri, Padang Serai, Kedah. Kutipan cukai tanah di sana pada
hari tersebut telah mencecah RM 18,067.80.
Sunday, 13 May 2012
Wednesday, 2 May 2012
Selamat Hari Wesak
Semua warga kerja Pejabat Tanah Kulim ingin mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut yang beragama Buddha.
Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi
penganut ugama Buddha kerana hari Wesak melambangkan kelahiran, kesedaran, dan
kematian Gautama Buddha. Penganut Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada
waktu pagi untuk memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts"
sementara para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha
"Sutras".
Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang
dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan
kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh
semua penganut ugama Budha di seluruh dunia.
Dikalangan penganut Buddha di Singapura dan
Taiwan, terdapat amalan mencederakan diri ketika menyambut hari Wesak seperti
berjalan di atas bara api sebagai menyambut hari kelahiran dewa Bao-sheng
Da-di.
Subscribe to:
Posts (Atom)