Tuesday, 24 July 2012
Kaunter Bergerak Kutipan Cukai Tanah pada 22/07/2012
Tuesday, 19 June 2012
MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) BIL.2/2012
Pejabat Tanah Kulim telah
mengadakan mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bil.2/2012 pada 18/06/2012
jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Bunga Anggerik, Pejabat Tanah Kulim.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Penolong Pentadbir Tanah Kulim I, Encik Mohd
Hamri Bin Abidin, BCK.
Antara perkara yang dibincangkan di
dalam mesyuarat tersebut adalah perkara yang dibangkitkan oleh kakitangan,
perbincangan mengenai perjawatan, membincangkan aktiviti yang sedang berjalan
dan masalah yang dihadapi oleh kakitangan.
Sunday, 13 May 2012
KAUNTER BERGERAK KUTIPAN CUKAI TANAH 13/05/2012
Unit Hasil Pejabat Tanah Kulim telah membuka Kaunter
Bergerak Kutipan Cukai Tanah pada 13/05/2012 jam 9.00pagi hingga 3.00petang di Dewan
Serbaguna Taman Mahsuri, Padang Serai, Kedah. Kutipan cukai tanah di sana pada
hari tersebut telah mencecah RM 18,067.80.
Wednesday, 2 May 2012
Selamat Hari Wesak
Semua warga kerja Pejabat Tanah Kulim ingin mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut yang beragama Buddha.
Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi
penganut ugama Buddha kerana hari Wesak melambangkan kelahiran, kesedaran, dan
kematian Gautama Buddha. Penganut Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada
waktu pagi untuk memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts"
sementara para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha
"Sutras".
Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang
dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan
kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh
semua penganut ugama Budha di seluruh dunia.
Dikalangan penganut Buddha di Singapura dan
Taiwan, terdapat amalan mencederakan diri ketika menyambut hari Wesak seperti
berjalan di atas bara api sebagai menyambut hari kelahiran dewa Bao-sheng
Da-di.
Wednesday, 25 April 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2012
Semua warga kerja Pejabat Tanah Kulim ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada semua!!!
"PEKERJA BERINOVATIF PENGGERAK TRANSFORMASI"
Saturday, 21 April 2012
LAWATAN PEJABAT DAERAH & TANAH KINTA
Pejabat Daerah Dan Tanah Kinta, Perak telah mengadakan lawatan ke
Pejabat Tanah Kulim pada 18/04/2012 jam 11.00pagi. Seramai 46 orang
kakitangan yang telah hadir. Turut hadir bersama ialah Pn Anne Keziah
(KPPD Khidmat Pengurusan), Pn Fatimah Bt Zakaria (KPPD Pembangunan
Fizikal), En. Ahmad Bashir Bin Abd Rahim (PPD Hasil) dan En. Amir Fadli
Bin Mohamed Halmi (PPD Teknikal & Penguatkuasaan). Tuan Pentadbir
Tanah, Tuan Haji Md Shuhaime Bin Abd Rahman, AMK., BCK., ASK. telah
berkongsi pengalaman Pejabat Tanah Kulim dalam pertandingan Anugerah
Inovasi Pejabat Daerah & Tanah (AIPDT) 2010 bersama kakitangan
pejabat tersebut.
Tuesday, 17 April 2012
Lawatan YBhg Dato’ Aziz Bin Sheikh Fadzir, Penyelaras Parlimen Kulim/Bandar Baharu
Pada 15 April 2012 Pejabat Tanah Kulim telah dikunjungi oleh rombongan yang diketuai oleh Yang Berbahagia Dato’ Aziz bin Sheikh Fadzir, Penyelaras Parlimen Kulim/Bandar Baharu. Tujuan lawatan adalah mengadakan lawatan muhibbah bersama-sama warga kerja Pejabat Tanah Kulim . Beliau juga telah memberi sumbangan sebanyak RM10,000.00 kepada Kelab Kakitangan Pejabat Tanah Kulim.
Subscribe to:
Posts (Atom)